bisnes makan delivery

Panduan Mula Bisnes Makan Delivery Dari Rumah

bisnes makan delivery

Alamak.. Income Semakin Slow Sejak PKP?
Pening Tak Tahu Nak Buat Bisnes Apa?

Mari Saya Tunjukkan Anda Bisnes Yang Mudah Untuk Dimulakan Dengan Kos Yang Rendah Serta Sentiasa Ada Permintaan Yang Tinggi! Walaupun Selepas Tamat PKP!

Hi! Saya Syaiful!

Tapi di internet… Saya lebih dikenali sebagai Abang Speggo!

Kenapa?
Sebab sejak 5 tahun yang lalu… saya telah memulakan bisnes menjual makanan berasaskan spaghetti secara delivery! Itu yang melekat nama abang speggo tu!

Macam mana saya boleh terlibat dalam bisnes makan delivery ni?

Begini kisahnya……

5 tahun lalu, saya dan keluarga mengalami masalah kewangan sebab ada tersilap langkah di dalam membuat keputusan kewangan.

Di tambah lagi pada waktu itu GST mula diperkenalkan dan harga minyak dunia naik mendadak.. perkara ini sekaligus menyebabkan harga barang-barang pun meningkat naik!

Jadi, saya adalah antara salah seorang yang terkesan dengan tekanan ekonomi pada waktu itu! Setiap bulan.. gaji asyik tak cukup sahaja! Kos sara hidup semakin menaik, tetapi gaji tidak naik-naik.. Parah! Memang sadis masa tu, dapat sahaja gaji, 1-2 minggu dah habis bayar hutang dan bayar bil sahaja! Terpaksalah korek tabung dan berjimat cermat!

Nak tak nak, saya kena ikhtiar juga untuk mencari duit lebih! Kalau dibiarkan sahaja keadaan macam ni.. alamatnya.. makan pasir lah saya sekeluarga nanti!

Jadi, saya pun mula fikir punya fikir punya fikir… maka, dapatlah idea untuk menjual makanan!
Maklumlah… kalau pasal makanan nie… walau teruk macam mana pun keadaan ekonomi di dunia ini.. manusia yang hidup mesti tetap kena makan! Permintaan terhadap makanan… pasti takkan hilang!

Jadi, saya tekad untuk mulakan bisnes menjual makanan!
Tambahan lagi, saya dan isteri memang suka memasak juga! Jadi takde masalah lah untuk masak-masak ni!

Persoalannya sekarang….

Bisnes Makan Apa Yang Modal Rendah?

Dapatkan Sekarang

Leave a Reply