Description
Adakah Anda Nak Tahu, Bagaimana Cara Berjimat & Simpan Duit Hingga RM1,000 Sebulan? Mari Saya Tunjukkan Anda Bagaimana Saya Melakukannya…
Kepada para sahabat yang sedang pening mengatur kewangan
Assalammualaikum & salam sejahtera!
Terlebih dahulu, izinkan saya memperkenalkan diri…
Saya Zahid… saya kini menetap di Gombak dan bekerja di sebuah agensi kerajaan yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Kehidupan di bandar sememangnya sangat mencabar. Lebih-lebih lagi bila cerita pasal bab kewangan.
Dengan kos sara hidup yang tinggi.. ditambah pula dengan kos tol, parking serta harga minyak yang selalu meningkat saban minggu. Ianya memerlukan saya betul-betul mengatur kewangan dengan sebaik mungkin.
Saya hanyalah pekerja biasa yang bergaji sekitar RM3,000 sahaja. Walaupun ianya nampak besar bagi sesetengah orang, tetapi, untuk kehidupan di bandar, pendapatan sebegitu adalah termasuk di dalam kategori miskin bandar.
Isteri saya pula tidak bekerja, bagi saya, perihal beban kewangan, biarlah saya sebagai suami yang tanggung sepenuhnya, manakala isteri pula memberikan tumpuan sepenuhnya menjaga dan mendidik 2 orang cahaya mata kami. Apatah lagi akhlak sebahagian remaja di bandar sangat merisaukan jika terdedah tanpa pengawasan ibu bapa.
Reviews
There are no reviews yet.