Description
Ketahui Cara Memikat Lelaki Idaman Anda Secara ‘HALUS’, Agar Dia Sudi Menyunting Anda Menjadi Isteri & Peneman Hidupnya!
Assalammualaikum warahmatullah hi wa barokatu…
Ke hadapan seorang insan yang bernama wanita, ciptaan ALLAH SWT yang maha hebat dan cantik, yang penuh dengan sifat pemalu. Jika hari ini anda masih lagi belum bertemu jodoh, ketahuilah, ianya bukanlah silap takdir, cuma, usaha yang dilakukan, masih belum mengena dengan kehendak takdir.
Ini kerana, usaha itu perlulah ikhlas, mencari jodoh biarlah dengan ilmu, memburu cinta biarlah dalam syariat dan mengimpikan lelaki idaman itu sebenarnya tidak salah. Hari ini, saya akan bantu anda, bagaimana untuk berusaha dengan ilmu yang betul di dalam misi mencari jodoh. Mari kita gali ilmu pikat lelaki disini!
Wanita Itu Pemalu. Tetapi Terlampau Malu Kelak ‘Memakan’ Diri
Ya, wanita memang sinonim dengan sifat lemah-lembut dan pemalu. TUHAN sudah memberikan sifat itu sebagai fitrah kepada seorang perempuan.
—> Namun, adalah SALAH jika membiarkan sifat pemalu itu menghalang kita membuat kebaikan.
—> Lagilah SALAH jika sifat pemalu itu menjadi penghalang wanita membina ‘masjid’ bersama lelaki yang beriman dan diseganinya.
—> Malah, bertambah-tambah salah jika malu itu menyekat usaha kita menambah iman dan menyempurnakan taqwa dengan perkahwinan.
Justeru, malu itu biarlah bertempat. Ilmu dan cara urus diri fizikal dan rohani itu perlu, supaya lebih cepat membina cinta bersama si hensem yang diidami.
Reviews
There are no reviews yet.