Description
Ketahui Cara Memulakan Bisnes Fotografi Dengan Pantas Dan Jana Pendapatan Antara RM1,000 hingga RM3,000 Sebulan Menggunakan Kamera Anda!
Tahukah anda fotografi ialah satu hobi yang sangat menguntungkan? Tanpa modal yang besar dan peralatan canggih pun, sesiapa sahaja termasuk anda boleh memulakannya. Dengan syarat anda mestilah mengetahui langkah-langkah yang betul bagaimana untuk bermula dari awal sehingga ke tahap mengembangkannya.
Anda bayangkan dengan berbekalkan kamera DSLR dan cara marketing yang betul, anda akan mendapat sekurang-kurangnya dua projek fotografi perkahwinan setiap bulan. Dan untuk satu majlis perkahwinan anda boleh kenakan bayaran sebanyak RM1,500. Dua majlis perkahwinan anda dapat RM3,000. Tolak kos cetak custom album, gambar dan sebagainya, anda masih boleh untung sekitar RM2,000 sebulan.
Jurufoto Profesional, Dibayar Sehingga RM7,000 Untuk 1 Sesi Fotografi.
Itu hanyalah contoh. Dalam industri fotografi, jurufoto profesional dibayar di antara RM1K – 7K untuk satu sesi fotografi perkahwinan. Ada juga jurufoto yang dibayar di antara RM1K – 3K sehari. Dan anda juga boleh sampai ke tahap ini dalam masa yang singkat sekiranya anda berminat dan tahu cara memasarkan perkhidmatan fotografi anda.
Anda fikir semua ini karut? Biar kami beri sedikit penjelasan. Saban tahun semakin ramai bakal pengantin yang akan berkahwin. Untuk melangsungkan perkahwinan, mereka akan mengadakan kenduri dengan menjemput saudara-mara dan kenalan seramai mungkin untuk memeriahkan majlis.
Kalau setakat nak keluar belanja RM20,000 itu satu perkara biasa bagi masyarakat Melayu moden terutamanya di kawasan bandar. Belanja untuk catering, khemah, pelamin, khidmat jurufoto, p.a. system, hantaran, doorgift, kumpulan kompang, solekan, mandi bunga, pakaian pengantin dan banyak lagi – itu perkara-perkara yang mesti ada untuk mengadakan walimatul-urus.
Kebanyakan orang tidak mengalami masalah besar mengeluarkan banyak wang untuk berkahwin kerana mereka mendapat sebahagian sokongan kewangan dari ahli keluarga dan saudara-mara. Ramai bakal pengantin sanggup membuat pinjaman peribadi dengan bank untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran ala-ala VIP. Lagipun hasil wang sedekah yang akan diterima dari para tetamu mungkin boleh cover sekurang-kurangnya 30% daripada kos belanja kahwin.
Untuk mengupah jurufoto yang berkebolehan menghasilkan foto-foto perkahwinan yang cantik, mereka tidak kisah untuk membayar sehingga ribuan ringgit. Asalkan mereka puas hati supaya foto-foto perkahwinan mereka boleh diabadikan menjadi kenangan terindah. Jika anda pandai shoot dan bijak menawarkan pakej yang menarik, jangan terkejut ada bakal pengantin yang sanggup membayar sehingga RM4,000.
Reviews
There are no reviews yet.